Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama.
Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.
Baca Juga: Daftar Lengkap Para Pemain Web Series Kupu Kupu Malam, Simak Selengkapnya
Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya.
Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.
Sedangkan menurut budaya Barat:
Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh ular, anda akan mengalahkan musuh anda.
Baca Juga: Nonton Series Dewasa Kupu Kupu Malam Gratis, Simak Sinopsis Lengkapnya Disini
Cara bagaimana anda memegang ular menunjukkan bagaimana anda boleh menangani musuh anda.
Kalau anda menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan menakutkan seorang (atau sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.